Skip to main content
Berita TempatanSabah

MSU College Kumpul 31 Beg Darah Bantu Simpanan Hospital

By 28 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sabri Sailus (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 28 April (MalaysiaAktif) – Management and Science University (MSU) College berjaya mengumpul 31 beg darah bagi menyokong bekalan simpanan darah di negeri ini menerusi program kempen derma darah, hari ini.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar MSU, Mohd Johari Raiman berkata penganjuran kempen itu mencerminkan komitmen institusi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth II sejak tahun 2020 lagi.

“Ia berperanan melahirkan generasi muda yang lebih cakna terhadap aspek kesihatan dan nilai kemanusiaan,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Beliau berkata usaha berkenaan turut membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi keperluan perubatan serta situasi kecemasan di hospital.

Sementara itu, pengarah program, Mohammad Noraziman Jubli berharap agar golongan pelajar terus menjadi penderma darah secara konsisten walaupun selepas menamatkan pengajian.

Penganjuran kempen derma darah di peringkat kolej dilihat sebagai langkah proaktif dalam melatih belia untuk menjadi penderma darah berpotensi tinggi pada masa hadapan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda