Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Kenegaraan SMK Medamit Perkukuh Jati Diri Pelajar

By 7 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Daniel Parang (Limbang)

LIMBANG, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 523 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit menyertai Program Kenegaraan bagi memperkukuh jati diri, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Program tersebut diisi dengan aktiviti kuiz kenegaraan, peragaan busana pelbagai etnik, permainan silang kata serta nyanyian lagu patriotik yang memberi penekanan terhadap penghayatan Rukun Negara.

Pengetua Linda Liau berkata program berkenaan merupakan inisiatif sekolah dalam membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Program ini penting bagi membina asas sahsiah yang kukuh agar pelajar mampu berhadapan dengan cabaran zaman,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Linda, jati diri yang teguh mampu bertindak sebagai benteng diri bagi membolehkan pelajar membezakan perkara baik dan buruk, menghasilkan individu cemerlang akademik, seterusnya melahirkan insan yang mempunyai pegangan moral kuat untuk memimpin negara.

“Menerusi jati diri, pelajar akan lebih menghargai sejarah, budaya dan identiti negara selain mengukuhkan perpaduan kaum bagi memastikan keamanan negara terus dihargai,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda