Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Golongan Muda Perlu Tingkat Ilmu, Kemahiran Demi Negara

By 9 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Golongan muda diseru agar terus meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta semangat kepimpinan demi masa depan negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata golongan belia hari ini merupakan aset penting negara.

“Mereka perlu seimbang dalam bidang akademik dan sukan supaya mampu menjadi individu yang cemerlang secara menyeluruh,” katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Daerah Pengkalan Hulu 2026 di Dewan Al Fateh, MRSM Pengkalan Hulu, di sini kelmarin.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek adab, sahsiah serta akhlak mulia perlu diberi keutamaan dalam membentuk generasi muda yang berkualiti dan dihormati masyarakat.

“Golongan belia memainkan peranan besar dalam mencorakkan keharmonian masyarakat melalui penglibatan aktif dalam program komuniti, kepimpinan dan aktiviti kesukarelawanan,” katanya.

HBN 2026 yang bertemakan Menggerak Belia dianjurkan bagi memperkasa peranan belia sebagai pemangkin pembangunan masyarakat sekali gus melahirkan generasi muda yang aktif, kreatif serta berdaya saing.

-FN-

Tinggalkan komen anda