Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Larian HBN Semarak Sambutan Hari Belia Daerah Pengkalan Hulu

By 9 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Hampir 300 peserta menyertai Larian Hari Belia Negara (HBN) sempena Program Semarak Belia @ HBN Daerah Pengkalan Hulu 2026 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu, di sini kelmarin.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mohd Rizairi Jamaluddin berkata penganjuran larian tersebut merupakan salah satu usaha memupuk gaya hidup sihat serta semangat perpaduan dalam kalangan belia.

“Belia merupakan aset penting negara dan perlu menjadi generasi yang aktif, berdisiplin serta memiliki semangat juang yang tinggi. Selain cemerlang dalam akademik, mereka juga perlu aktif dalam bidang sukan,” katanya.

Tambah Rizairi, program seperti larian komuniti mampu melahirkan belia yang sihat, berkeyakinan tinggi serta memiliki semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan masyarakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda