Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Golongan Belia Pemangkin Kejayaan, Kemajuan Negara – MB Perak

By 9 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari/Samsul Amri (LMS)

BATU KURAU, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata golongan belia memainkan peranan penting sebagai pemangkin kejayaan dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Beliau berkata justeru itu, golongan muda digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, kepimpinan serta keusahawanan.

“Selain itu, anak muda juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran digital serta semangat patriotisme bagi menghadapi cabaran dunia moden yang semakin mencabar,” katanya ketika berucap merasmikan Program Anak Angkat Pengguna Siswa (AAPS) @ Batu Kurau anjuran Gerakan Belia 4B Negeri Perak di Kampung Sempeneh, di sini semalam.

Program selama empat hari bermula 7 Mei itu berjaya menghimpunkan mahasiswa daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Tambah Saarani, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membangunkan belia melalui pelbagai program pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan bagi melahirkan generasi yang berkualiti serta berdaya saing.

-AA-

Tinggalkan komen anda