
Laporan/foto: Siti Afiqah Morshidi/Ahmad Yusuf (Tanjung Manis)
TANJUNG MANIS, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Pertandingan Memancing Belawai Beach 2026 membuktikan sukan rekreasi mampu menjadi medium penyatuan masyarakat.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata ia menjadi simbol kebersamaan dan perpaduan masyarakat Sarawak.
“Pertandingan ini menerima sambutan luar biasa daripada komuniti pemancing termasuk dari Tanjung Manis, Matu-Daro, Sibu, Kuching, Bintulu dan Kapit,” katanya ketika menyempurnakan program itu, di sini semalam.
Wong Hwang Soon, 38, dari Sibu muncul juara menerusi tangkapan ikan belukang seberat 0.76 kilogram (kg) yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.
Tempat kedua dimenangi Mohammad Azrie Bend, 41, dari Belawai dengan tangkapan seberat 0.50kg manakala Anuar Mohd Desa, 53, dari Kabong di kedudukan ketiga dengan tangkapan seberat 0.405kg.
Program anjuran Pejabat Daerah Tanjung Manis itu berjaya menghimpunkan seramai 278 peserta dari seluruh Sarawak dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan.
-RJ-





