Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bio Floc Tingkat Hasil Ternakan Ikan, Kurang Pencemaran

By 12 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Yusmila/Sazali (Sik)

SIK, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Sistem pernternakan ikan secara bio floc bukan sahaja membantu meningkatkan hasil ternakan malah mengurangkan pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lubuk Tualang Rosniza Awang Mat berkata pihaknya melaksankan projek ternakan ikan air tawar menggunakan kaedah itu menerusi Geran Sejati MADANI.

“Kami telah memperoleh lapan kolam bagi menjayakan projek ini iaitu dengan 1,500 anak ikan dilepaskan ke dalam setiap kolam pada awal Januari lalu dan dijangka mula dipasarkan sekitar bulan ini.

“Kolam ini sangat mesra alam. Sistem ini dapat mengurangkan pencemaran kerana sisa organik diproses semula oleh bakteria baik dalam kolam yang boleh menjadi sumber makanan tambahan kepada ikan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pembentukan floc memerlukan pengudaraan yang baik, bakteria baik, sumber karbon seperti dedak serta keseimbangan nutrien dalam air bagi memastikan tahap pH, suhu, ammonia dan oksigen sentiasa berada pada paras optimum untuk pertumbuhan ikan.

Tambahnya lagi, kaedah bio floc amat sesuai digunakan dalam ternakan ikan tilapia, keli dan udang kerana mampu mempercepatkan proses pembesaran serta menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi.

-FN

Tinggalkan komen anda