Skip to main content
Berita TempatanSarawak

ANMS Sibu 2026 Perkasa Budaya Hidup Sihat Dalam Komuniti

By 16 Mei 2026Mei 18th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Mohamad Norhasmin (Sibu)

SIBU, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Sibu 2026 yang berlangsung di Wisma Sanyan hari ini berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh kesedaran dan literasi kesihatan komuniti.

Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Sri Zahrul Hakim Abdullah berkata, penganjuran program itu merupakan kesinambungan kepada kejayaan program sulung yang pernah diadakan di lokasi sama pada tahun 2022.

“Program ini membuktikan usaha memperkasakan kesedaran kesihatan dalam komuniti terus mendapat sokongan masyarakat dan perlu diteruskan secara berterusan,” katanya ketika berucap pada program itu, hari ini.

Sementara itu, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, memberitahu, ANMS berperanan membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan kendiri.

“Matlamat ANMS adalah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan seimbang, pengurusan stres yang baik serta menjauhi tabiat merokok dan vape,” ujarnya.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu bersama rakan strategik itu memberi fokus kepada usaha membudayakan amalan hidup sihat serta menggalakkan pendekatan pencegahan penyakit dalam kalangan masyarakat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda