Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KOSMA Tubuh Unit Polis Bantuan Pertama Sektor Koperasi Perladangan

By 21 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Z (Rompin)/ IPD Rompin

MUADZAM SHAH, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi koperasi perladangan pertama di Pahang yang menubuhkan unit polis bantuan bagi memperkasa tahap keselamatan pekerja ladang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kerjasama strategik seperti itu membuktikan keselamatan bukan hanya tanggungjawab pihak polis semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak.

“Usaha ini bukan sahaja membantu melindungi aset dan premis syarikat, malah memberi ketenangan kepada pekerja dan komuniti sekitar untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan harmoni.

“Kehadiran polis bantuan yang lebih tersusun dan efisien mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi khususnya dalam menangani sebarang insiden keselamatan di kawasan perladangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pejabat Polis Bantuan KOSMA di Kompleks Perladangan KOSMA, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi KOSMA Datuk Zamri Mohamed berkata pembukaan pejabat berkenaan menjadi langkah penting dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif kepada seluruh warga KOSMA.

“Usaha yang dilaksanakan ini bukan sahaja melambangkan komitmen terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam, malah menjadi simbol kebersamaan dalam menjaga kesejahteraan komuniti pekerja ladang yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi setempat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda