Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerjasama Masyarakat Penting Pastikan Keselamatan Negara-Jauteh

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sam Mansibu/Yunis Amerull/Mustapha Bacho (Nabawan)

NABAWAN, 25 Mei (MalaysiaAktif)– Kerjasama masyarakat terutama pemimpin akar umbi penting bagi membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pemimpin masyarakat dan adat perlu bekerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi menyelaraskan pelaksanaan undang-undang adat dengan undang-undang negara.

“Penyelarasan ini bertujuan bagi mengelakkan percanggahan dalam penyelesaian sesuatu kes di samping menekankan soal keselamatan negara sebagai amanah bersama yang perlu dipikul seluruh lapisan masyarakat.

“Kerjasama komuniti amat penting dalam membantu pihak berkuasa membendung jenayah rentas sempadan, penyeludupan dadah, penipuan dalam talian serta pelbagai ancaman keselamatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutupan Program Community Policing Pesuruhjaya Polis Sabah di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, semalam.

Beliau berkata Nabawan dipilih sebagai lokasi ketiga penganjuran program itu kerana kedudukan strategiknya yang berhampiran sempadan negara yang memerlukan tahap kesedaran keselamatan tinggi dalam kalangan penduduk setempat.

“Pembangunan pesat yang sedang dinikmati daerah ini termasuk peningkatan jaringan jalan raya dan capaian internet perlu diseimbangkan dengan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan,” katanya.

-FN-

Tinggalkan komen anda