Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

BRAIS: Lebih 1,500 Permohonan Sejak 1 Jun

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)

SHAH ALAM, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Program Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS) 2026 menerima lebih 1,500 permohonan setakat ini sejak pendaftaran dibuka Isnin lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim berkata pihaknya menjangkakan jumlah permohonan akan terus meningkat dan berpotensi mencecah antara 2,500 hingga 3,000 permohonan sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 22 Jun ini.

“Bagaimanapun, jumlah akhir penerima bantuan hanya akan ditentukan selepas proses semakan dan saringan dilakukan bagi memastikan setiap pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Kita perlu meneliti semua permohonan yang diterima kerana terdapat kemungkinan ada permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen atau tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selepas tempoh pendaftaran ditutup, pihak YANIS akan menjalankan proses penilaian secara menyeluruh bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

YANIS juga katanya bekerjasama dengan 56 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di seluruh Selangor melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penyelaras DUN.

“Kita berharap semua keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa di Selangor dapat memanfaatkan peluang ini dan menerima manfaat daripada BRAIS,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda