Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pasangan Petani Terima Pengiktirafan Tokoh Ibu Bapa MAKeS SMK Tandek 2025

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sylvia Sumping/Nur Hamizah Ilham (Kota Marudu)

KOTA MARUDU, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Berkat pengorbanan dan komitmen tinggi membesarkan anak-anak, pasangan suami isteri Peter Pilid, 51, dan Marlin Marius, 56, dipilih sebagai Tokoh Ibu Bapa sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKeS) SMK Tandek 2026.

Bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber rezeki keluarga, pasangan itu membuktikan bahawa kekangan hidup bukan penghalang untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan didikan terbaik.

Menurut Peter, kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak mereka hari ini tidak terlepas daripada penekanan terhadap nilai keagamaan, pembentukan sahsiah dan disiplin yang diterapkan sejak kecil.

“Sebagai ibu bapa, kami juga berusaha menunjukkan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, saya dan isterinya sentiasa meletakkan pendidikan serta kesejahteraan anak-anak sebagai keutamaan.

“Demi kejayaan anak-anak, sebagai bapa kita mesti sanggup untuk mengorbankan masa dan tenaga demi menjamin masa depan yang lebih cerah buat mereka,” katanya ketika majlis berkenaan baru-baru ini.

Tambah beliau, anugerah itu sekali gus menjadi bukti akan dedikasi ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berjaya, selain menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat.

“Pengiktirafan yang diterima ini amat bermakna dan menjadi penghargaan terhadap segala usaha serta pengorbanan yang telah dicurahkan para ibu bapa yang telah banyak bekorvan selama ini dalam membina sebuah keluarga yang cemerlang,” ujarnya.

Untuk rekod, empat orang anak pasangan berkenaan berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dengan seorang anak lelaki mereka aktif dalam bidang kokurikulum serta pernah mewakili negeri Sabah dalam pelbagai acara olahraga.

-RJ-

Tinggalkan komen anda