Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

KAM JAPEN: RM478,200 Naik Taraf Fasiliti Masjid Pekan Sri Medan

By 29 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

BATU PAHAT, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak RM478,200 diperuntukkan bagi melaksanakan projek naik taraf fasiliti di Masjid Pekan Sri Medan menerusi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan RM478,200 diperuntukkan bagi melaksanakan projek naik taraf fasiliti di Masjid Pekan Sri Medan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI yang diterajui Kementerian Kewangan dengan JAPEN sebagai agensi pelaksana di bawah komponen KAM Ketua Perkhidmatan.

Beliau berkata tiga skop utama projek berkenaan meliputi pembinaan blok tambahan baharu bagi ruang pelbagai guna seluas 45 meter persegi yang dilengkapi kemudahan mekanikal dan elektrik.

“Skop kedua melibatkan pembinaan ruang terbuka berbumbung sebagai kawasan tambahan baharu berserta sistem pendawaian elektrik yang selamat dan teratur.

“Projek itu turut merangkumi kerja turapan di keseluruhan ruang belakang masjid bagi memudahkan urusan logistik serta pergerakan jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tambahan Blok Baharu di Masjid Pekan Sri Medan, di sini hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan disiapkan dalam tempoh 29 minggu dan siap sepenuhnya pada 16 Mac lalu.

Projek naik taraf Masjid Pekan Sri Medan meliputi pembinaan blok tambahan pelbagai guna, ruang terbuka berbumbung serta kerja turapan di kawasan belakang masjid.

Julina turut berharap kemudahan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya penduduk setempat.

“Jagalah kemudahan ini sebagai harta bersama dengan penuh tanggungjawab dan jadikan ia pemangkin kepada penganjuran lebih banyak aktiviti kemasyarakatan serta ibadah bagi mengimarahkan kampung kita,” katanya.

Sementara itu, usaha menaik taraf fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan di bawah program sama turut berjaya dilaksanakan secara berperingkat sehingga 24 November tahun lalu dengan kos RM826,306.

Pengerusi Masjid Pekan Sri Medan Ibrahim Marlan berkata pihaknya bersyukur dan menghargai usaha JAPEN khususnya kepada Julina kerana memilih Sri Medan sebagai Kampung Angkat MADANI.

-FN

Tinggalkan komen anda