Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ngiling Bidai Warisan Budaya Dayak Perlu Terus Dipelihara – Lidam Assan

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Danial Zakwan (Song)

SONG, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Sambutan Ngiling Bidai merupakan antara warisan budaya masyarakat Dayak yang perlu terus dipelihara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Beliau berkata sambutan itu juga malah menjadi ruang untuk memperkukuh interaksi sosial dan memupuk rasa hormat serta persefahaman dalam kalangan masyarakat setempat.

“Sambutan Ngiling Bidai bukan sahaja merupakan warisan budaya masyarakat Dayak yang perlu dipelihara, malah menjadi medium terbaik untuk memperkukuhkan hubungan sesama komuniti serta memupuk nilai hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sempena Ngiling Bidai Bahagian Kapit 2026 berlangsung meriah di Balai Raya Song, kelmarin.

Majlis itu diadakan sebagai simbol penutupan rasmi sambutan Hari Gawai Dayak 2026.

-RJ-

Tinggalkan komen anda