Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

1,500 Sertai Larian Obor SUKMA Sabak Bernam

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/MDSB (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Kira-kira 1,500 peserta membanjiri Dataran Bagan Terap, di sini semalam bagi menjayakan Jelajah Larian Obor Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 dan PARA SUKMA 2026.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) keempat yang menjadi lokasi penganjuran siri jelajah berkenaan menjelang temasya SUKMA 2026 selepas siri jelajah di Petaling, Klang dan Kuala Selangor.

“Program ini melibatkan semua daerah dan PBT di Selangor sebagai usaha Kerajaan Negeri turun dan menyantuni masyarakat di peringkat akar umbi untuk menyemarakkan semangat SUKMA 2026 di samping menerangkan mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan melebihi jangkaan hasil kerjasama erat antara semua pihak termasuk sekretariat SUKMA serta komitmen berterusan yang ditunjukkan sepanjang siri jelajah ini,” katanya.

Mohd Najwan (kanan) turut menyertai larian obor sejauh lima kilometer bersama para peserta.

Menurut beliau Sabak Bernam yang dipilih sebagai tuan rumah bagi acara catur diharap dapat merancakkan ekonomi setempat menerusi kehadiran atlet, pegawai serta penyokong dari seluruh negara.

Sementara itu, Yang Dipertua MDSB Awaluddin Zakaria berkata persiapan tempat bagi acara catur di Dewan Seri Bernam sudah selesai, manakala beberapa penambahbaikan kecil sedang dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan atlet dan pengunjung.

MDSB menyasarkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung sempena penganjuran acara catur Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung di Dewan Seri Bernam Ogos depan.

-RI

Tinggalkan komen anda