Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Lelaki 32 Tahun Ditemui Lemas di Lombong

By 44 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

KOTA TINGGI, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun dipercayai lemas di sebuah kawasan lombong di Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 petang sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara digerakkan ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

“Operasi mencari dan menyelamat segera dilaksanakan di sekitar kawasan lombong sebelum Pasukan Penyelam di Air (PPDA) daripada BBP Skudai dan BBP Penawar digerakkan sebagai bantuan tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam pada kedalaman kira-kira 11 meter di kawasan tengah lombong dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dibawa naik dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi diketuai oleh PBK II Ahmad Mustazza dengan kekuatan keseluruhan lima anggota serta dan tamat sepenuhnya pada jam 9.50 malam.

-AA-

Tinggalkan komen anda