Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

HBP MESRA Siri Ke-4 Catat 262 Aduan, Tertinggi Setakat Ini

By 8 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanina (Perak)/Saarani Mohamad

IPOH, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ke-4 Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, di sini semalam mencatatkan penerimaan 262 aduan, tertinggi setakat ini.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata angka itu membuktikan peningkatan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan platform berkenaan.

“Setakat siri ketiga, kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah 600 aduan, dengan 498 atau 83 peratus daripadanya telah pun diselesaikan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Program kali ini menyediakan 100 kaunter khidmat pelanggan, 10 kaunter bergerak serta Jualan Rahmah untuk kemudahan orang ramai.

Pada majlis sama, Saarani turut menyampaikan Insentif Pesara Kerajaan Negeri Perak Tahun 2025 kepada 10 wakil pesara, mewakili keseluruhan 324 pesara yang layak menerima insentif RM4,000 serta cenderamata bernilai RM600 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP).

Insentif yang melibatkan peruntukan RM1.37 juta itu merupakan tanda penghargaan atas jasa dan bakti mereka kepada pembangunan negeri.
-FN

Tinggalkan komen anda