
Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
KOTA TINGGI, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki warga asing dilaporkan lemas di sebuah lombong di Jalan Kota Tinggi-Kluang, kelmarin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 petang sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara digegaskan ke lokasi.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 32 tahum segera dilaksanakan di sekitar kawasan lombong.
“Operasi turut mendapat bantuan Pasukan Penyelam di Air (PPDA) dari BBP Skudai dan BBP Penawar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berjaya ditemukan kira-kira 9.25 malam pada kedalaman sekitar 11 meter di kawasan tengah lombong.
“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
-AA-





