Skip to main content
Berita TempatanSabah

Usrah Gabungan Komuniti Sepanggar Perkukuh Ukhuwah Masyarakat

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Victor Blasius (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Jun (MalaysiaAktif) -Penganjuran Usrah Gabungan Komuniti Sepanggar mampu memperkukuh ukhuwah serta memupuk nilai akhlak dan budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata program tersebut memberi manfaat kepada masyarakat melalui pendekatan berasaskan ilmu, akhlak dan semangat kebersamaan.

“Usrah Gabungan Komuniti Sepanggar ini sangat membantu golongan belia dan ibu bapa melalui pendekatan pembangunan berasaskan ilmu, ukhuwah, akhlak dan budaya saling membantu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata demikian ketika merasmikan Usrah Gabungan Komuniti Sepanggar yang julung kali diadakan di Masjid Al-Falah Kampung Tebobon, kelmarin.

Hampir 300 peserta daripada lapan syukbah masjid sekitar Sepanggar menghadiri program berkenaan.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Al-Hafidz, Muhammad Wafiq Muhammad Malik, 15, berkata beliau menyertai program tersebut kerana berminat untuk menimba ilmu dan memantapkan lagi akidah.

“Program seperti ini dapat mengukuhkan ukhuwah dan hubungan kekeluargaan. Saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai golongan muda mendapat manfaat daripada pengisian yang disediakan,” ujarnya.

Program yang pertama kali diadakan itu mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat dan menghimpunkan peserta daripada pelbagai peringkat umur.

-RJ-

Tinggalkan komen anda