Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

TAGS: Mekanisme Alternatif Cepat, Mudah, Kos Minimum Tuntut Keadilan

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

PORT DICKSON, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) diwujudkan melalui sebagai mekanisme alternatif yang lebih cepat, mudah dan pada kos yang minimum untuk mangsa mendapatkan keadilan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying.

“TAGS menyediakan satu saluran kepada mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan aduan gangguan seksual yang berlaku di Malaysia pada atau selepas 8 Mac 2024 yang membolehkan mangsa mengambil tindakan dan menuntut pampasan daripada pelaku,” katanya di Program Toleransi Sifar. Keganasan: Say No to Sexual Harassment, di sini, Khamis lalu.

Menurutnya statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes gangguan seksual daripada 477 pada tahun 2022 kepada 1,038 pada tahun 2025 dengan 388 kes direkodkan sehingga Mei 2026

“Kerajaan turut mengambil langkah tegas dalam menangani isu gangguan seksual melalui penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] yang memperkukuh usaha pencegahan, pengendalian aduan dan perlindungan mangsa secara lebih menyeluruh dan sistematik.

“Saya berharap semua pihak dapat bersama-sama membantu kementerian memperluaskan advokasi berkaitan gangguan seksual bagi meningkatkan kesedaran awam tentang hak, keselamatan diri dan kepentingan pencegahan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda