Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Masyarakat dan Kerajaan

By 39 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Aniss Rahin (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Program Ziarah Kasih Komuniti MADANI Pengkalan Ajal menjadi platform mengeratkan hubungan antara masyarakat, pemimpin dan agensi kerajaan terlibat.

Pengerusi Komuniti MADANI Pengkalan Ajal Abdul Halim Mohamad berkata program berkenaan bukan sahaja menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran, malah menjadi platform untuk mendekati masyarakat dan memahami keperluan mereka secara lebih dekat.

“Kerjasama erat antara Komuniti MADANI Pengkalan Ajal dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) amat dihargai.

“Saya berharap usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan serta nilai kemasyarakatan dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Tambah beliau, Program Ziarah Kasih mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan, kesejahteraan dan keprihatinan terhadap masyarakat.

“Inisiatif seperti ini diharap dapat terus diperkasakan melalui kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa diberi perhatian.

Program dengan kerjasama YAPEIM itu menyantuni sebanyak 10 buah rumah keluarga kurang berkemampuan, warga emas, ibu tunggal menerusi penyampaian sumbangan barangan keperluan asas sekali gus meringankan beban penerima.

-RI

Tinggalkan komen anda