Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Hebahan Inisiatif Makmur Pahang Platform Penerangan Bantuan Kepada Pakyat

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Izarina KMI/Juhaisa Azrin (Raub)

RABU, 9 Jul (MalaysiaAktif) – Program Hebahan Inisiatif Makmur Pahang menjadi platform penting bagi menyampaikan penerangan mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Raub Tengku Azuddin Shah Tengku Alang berkata program itu selarasdengan aspirasi kerajaan negeri bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat yang disediakan, merangkumi semua lapisan masyarakat daripada bayi hingga warga emas.

“Program ini turut mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada program tersebut di Dewan Jubli Perak, di sini kelmarin.

Tengku Aizuddin ketika berucap pada program tersebut mewakili Pegawai Daerah Raub.

Daerah Raub menjadi lokasi terakhir Kitaran 1 program yang menghimpunkan kira-kira 300 peserta terdiri daripada ketua jabatan, penjawat awam, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baharu (JKKB) serta pemimpin komuniti.

Bagi tahun 2026, kerajaan negeri Pahang meningkatkan peruntukan Inisiatif Makmur Pahang kepada RM84.59 juta berbanding tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 67.37 peratus melibatkan empat kluster utama iaitu Pelajar, B40, Umum dan Agama.

Pelbagai penambahbaikan turut dilaksanakan dalam setiap kluster bagi memastikan bantuan dan inisiatif yang ditawarkan lebih menepati keperluan semasa rakyat negeri ini.

-RI

Tinggalkan komen anda