Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PSH Perlu Diperkasa Tingkat Kemahiran Masyarakat

By 16 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kedah)/Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA)

JITRA, 11 Julai (MalaysiaAktif) – Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) perlu terus diperkasakan bagi meningkatkan kemahiran masyarakat, kata Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti Dr. Asnizah Sahekhaini.

Beliau berkata ia perlu dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, industri dan komuniti.

“Ini bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat akses kepada latihan kemahiran yang berkualiti serta memberi impak kepada peningkatan sosioekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutup Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH4) Komuniti Zon Kedah/Perlis dan Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) di kolej berkenaan, di sini kelmarin.

Karnival berkenaan mencatatkan penyertaan seramai 800 peserta daripada 20 agensi menerusi 33 kursus kemahiran dan dua kursus khas komuniti.

-FN

Tinggalkan komen anda