Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Karnival Semarak Jawi 2026 Angkat Martabat Khazanah Tamadun Melayu

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Karnival Semarak Jawi 2026 bukan sahaja menyuburkan kecintaan terhadap ilmu, malah mengangkat martabat tulisan Jawi sebagai warisan bangsa dan khazanah tamadun Melayu yang amat bernilai, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Dato’ Haslina Abdul Hamid.

“Tulisan Jawi merupakan khazanah peradaban yang penting dalam sejarah negara dan menjadi medium utama penyebaran ilmu, pentadbiran, persuratan serta perkembangan tamadun Melayu sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 di Dewan Ilmuwan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini semalam.

Karnival selama lapan hari bermula kelmarin hingga 1 Ogos ini mengetengahkan konsep yang membawa buku dan ilmu keluar daripada ruang formal agar lebih dekat dengan masyarakat.

Penganjuran Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 dapat menyemai mengangkat nilai warisan bangsa sebagai asas pembinaan masyarakat berilmu dan negara yang bersatu padu.

Beliau turut memuji pendekatan didik hibur yang diterapkan menerusi pelbagai aktiviti seperti Si Cilik Cerdas Jawi, Bengkel Klinik Dr. Jawi, Pencak Aksara Jawi, Kahoot Jawi Challenge, pertandingan mewarna dan pameran khat yang berjaya menjadikan pembelajaran Jawi lebih interaktif, menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Tegasnya lagi, warisan bukan sekadar tinggalan sejarah, malah perlu terus dihidupkan melalui ilmu, penceritaan, pendokumentasian dan penghayatan generasi muda.

“Sehubungan itu, semua pihak bertanggungjawab memastikan khazanah warisan seperti tulisan Jawi terus dipelihara, dipelajari dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Penganjuran Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 diharap dapat menyemai minat membaca, memperkukuh jati diri serta mengangkat nilai warisan bangsa sebagai asas pembinaan masyarakat berilmu dan negara yang bersatu padu.

-RI

Tinggalkan komen anda