Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Acara Menaikkan Bendera UMNO Serikan Majlis Perasmian PAU 2017

By 7 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan oleh: Azri Zainal Abidin & Zaharah Ismail (Kuala Lumpur) Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Disember (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO tiba pada 9:00 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak tiba di Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak tiba di Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017

Najib yang lengkap berpakaian baju Melayu merah diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Irwan Ismail serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Presiden UMNO kemudiannya menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh anggota dan hadirin yang hadir.

Pemeriksaan perbarisan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Majlis perasmian PAU 2017

Pemeriksaan perbarisan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Majlis perasmian PAU 2017

Pada majlis yang sama, lagu tema perhimpunan ‘Melayu Bersatu’ turut dinyanyikan oleh kumpulan koir mahasiswa Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Najib seterusnya bergerak ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekaligus merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017.

– AH

Tinggalkan komen anda