Skip to main content
EkonomiHomeViral

Muhyiddin: Saya Diberitahu Sejam Sebelum Pengumuman Rasmi

By 29 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Malaysiaaktif) – Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaklumkan penggugurannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 12.15 tengah hari kelmarin, kira-kira sejam sebelum pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata Najib memberitahu supaya bertemu beliau pada pukul 11.30 pagi.

 

20150729031941

 

Namun memandangkan beliau sedang sibuk merasmikan Matrix Global School program di Negeri Sembilan, beliau hanya sempat bertemu Perdana Menteri pada jam 12.15 tengah hari.

“Selepas memberikan cadangan dan pendapat beliau dan saya juga menjelaskan apa-apa yang patut saya jelaskan dan lepas itu saya tanya apa tujuan saya dijemput”

“Adakah ada kaitan dengan rombakan Jemaah menteri, dia mengangguk, lepas itu saya berkata adakah you mahu meluahkan apa-apa yang patut, dia rasa susah nak cakap, adakah bermakna nama saya tak tersenarai, dia mengangguk, saya kata terima kasih” katanya pada sidang media khas yang diadakan di kediaman beliau di Bukit Damansara pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda