Skip to main content
HomeViral

Ramai Di Johor Bahru Luahkan Rasa Tidak Puas Hati

By 29 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharifah Alia Syed Nasir

JOHOR BAHRU, 29 Julai (Malaysiaaktif) — Berikutan rombakan Kabinet yang diumumkan kelmarin, banyak pihak di sini tampil untuk meluahkan rasa tidak puas hati berhubung apa yang berlaku.

Wakil Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Aminuddin Bakar, 35 menyatakan rasa kecewa dan keliru tentang pengumuman pengguguran Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan serta-merta oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kekecewaan turut dirasai oleh majoriti penyokong UMNO Johor yang menganggap rombakan ini sebagai satu tamparan hebat kepada orang Johor.

Menurut mereka Muhyiddin yang merupakan pahlawan anak jati Johor telah dinafikan suara dalam Kabinet di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin berkata rakyat, khususnya penyokong UMNO harus menghormati dan memberi ruang kepada Muhyiddin kerana beliau masih memegang jawatan tertinggi di dalam UMNO. iaitu sebagai Timbalan Presiden parti.

“Saya berharap rakyat dan ahli-ahli UMNO, khususnya dari Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kekuatan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran.”

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan semalam, empat menteri kabinet yang turut digugurkan termasuk Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin.

 

 

Tinggalkan komen anda