
OLEH : Pradeeb Kumar Velayutham
KUALA LUMPUR, 29 Julai (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia baharu Datuk Seri Dr.Salleh Said Keruak hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen.
Beliau menyatakan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selain berkata dia tidak keseorangan dalam komitmen terhadap negara.
Dilahirkan di Kota Belud, Sabah pada 10 Julai 1957, Salleh berasal dari keturunan Bajau dan berkahwin dengan Datuk Hajah Raya Erom. Mereka dikurniakan empat orang anak.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada, Ijazah Masters dalam Sains dan Doktor Falsafah dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1995 hingga 2004, Pengerusi UMNO Sabah dari 1994 hingga 1996 dan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dari 2009 sehingga kini.