Skip to main content
EkonomiHomeViral

Keadaan Di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka Semakin Padat

By 29 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) – Keadaan di Sogo semakin padat dengan peserta Bersih 4.0 menyebabkan jalan di sepanjang Sogo mula ditutup.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak-anaknya tiba di perkarangan Sogo pada pukul 2 petang dengan menaiki kenderaan Hilux BMH 1330.

wan2

wan3

wan4

 

Ketibaan beliau disusuli peserta Bersih 4 yang dianggarkan seramai 2, 000 orang di situ melaungkan ‘Undur Najib, Hidup Rakyat.’

Berhampiran Masjid Negara, pemimpin veteran DAP Lim kit Siang menyampaikan ucapan menuntut kerajaan yang bersih dan yang kotor ditumbangkan.Kira-kira 300 orang peserta berada bersama beliau di lokasi itu.

Penyokong Bersih 4 tiba di perkarangan Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut.

Polis kelihatan bersedia untuk bertugas menjaga kawasan berkenaan..

 

 

 

Tinggalkan komen anda