Skip to main content
EkonomiHomeViral

Dakwaan Muhyiddin Sertai Perhimpunan Bersih 4 Tidak Benar

By 29 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Dakwaan yang mengatakan kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima pelawaan daripada penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 untuk menyertai perarakan itu pada petang Sabtu adalah tidak benar sama sekali.

“Tidak benar sama sekali…Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menyertai perhimpunan ini.  Penipuan ini disebarkan menerusi laman-laman media sosial  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Datuk Mohd Nardin Awang, bekas setiausaha politik Muhyiddin dalam satu kenyataan bagi pihak bekas majikannya itu.

Tambahnya, Muhyiddin, mahupun mana-mana wakil beliau termasuk setiausaha politiknya tidak pernah berkomunikasi dengan pihak penganjur Perhimpunan Bersih sepertimana yang didakwa.

Apatah lagi kata Mohd Nardin, Muhyiddin buat masa ini tidak berada di dalam negara.

Tinggalkan komen anda