Skip to main content
EkonomiHomeViral

Keadaan Di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka Semakin Padat

By 29 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) ā€“ Keadaan di Sogo semakin padat dengan peserta Bersih 4.0 menyebabkan jalan di sepanjang Sogo mula ditutup.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak-anaknya tiba di perkarangan Sogo pada pukul 2 petang dengan menaiki kenderaan Hilux BMH 1330.

wan2

wan3

wan4

 

Ketibaan beliau disusuli peserta Bersih 4 yang dianggarkan seramai 2, 000 orang di situ melaungkan ā€˜Undur Najib, Hidup Rakyat.ā€™

Berhampiran Masjid Negara, pemimpin veteran DAP Lim kit Siang menyampaikan ucapan menuntut kerajaan yang bersih dan yang kotor ditumbangkan.Kira-kira 300 orang peserta berada bersama beliau di lokasi itu.

Penyokong Bersih 4 tiba di perkarangan Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut.

Polis kelihatan bersedia untuk bertugas menjaga kawasan berkenaan..

 

 

 

Tinggalkan komen anda