Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

600 Rantai Kunci Diedarkan Untuk Kaum Ibu

By 20 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Suriani Wasilah (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Menjadi seorang ibu bukanlah suatu hal yang mudah, di mana tugasan membesarkan, mengasuh dengan penuh kasih-sayang dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna merupakan satu cabaran yang cukup besar.

Bagi menghargai pengorbanan dan jasa ibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng Chew Peck Choo, bersama wakil jabatan kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah melakukan sesi jelajah mesra dan menyerahkan 600 buah rantai kunci berukir ucapan Selamat Hari Ibu kepada orang ramai khususnya golongan wanita di sekitar Bandar Yong Peng.

“Keychain ini diberikan untuk memberikan kata-kata semangat dan penghargaan kepada mereka yang bergelar ibu,” kata Peck Choo ketika ditemui, di sini semalam.

Menurut Penghulu Mukim Chaah Baru, Md Khidzir Abdullah, ibu merupakan seorang yang akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati semua.

“Kerajaan hari ini tidak pernah melupakan jasa baik semua wanita terutama yang bergelar ibu, pelbagai inisiatif telah dilaksanaka untuk menjaga hak-hak wanita dalam negara ini.

Khidzir (lima dari kiri) bergambar bersama-sama sukarelawan sempena jelajah mesra, di sini.

Khidzir (lima dari kiri) bergambar bersama-sama sukarelawan sempena jelajah mesra, di sini.

“Semoga dengan keterbelaan tersebut akan membantu kerajaan menghasilkan modal insan yang bukan sahaja berguna kepada keluarga,malahan untuk negara” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Melayu Laili Masran, 55, berkata pengalaman bersama-sama turun padang hari ini amat berharga kerana dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memberi penghargaan kepada wanita khususnya para ibu yang menjadi aspek utama dalam mendidik generasi masa hadapan untuk lebih berjaya dan cemerlang.

“Kerajaan hari ini telah mengiktiraf kemampuan wanita untuk berada di persada kepimpinan negara ini.

“Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada wanita dan jelaslah diskriminasi terhadap kaum wanita dilihat semakin menurun dan perkara ini turut menjadi ikutan oleh majikan swasta yang telah mengiktiraf dan berjaya meletakan wanita pada tempat yang sesuai dan mampu bersaing dengan kaum lelaki,” katanya ketika ditemui.

SH

Tinggalkan komen anda