Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

30 Julai Cuti Am Tambahan Sempena Hari Pertabalan Agong – KSN

By 28 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengumumkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya. — BERNAMA

Tinggalkan komen anda