
Oleh Pradeeb Kumar Velayutham
PUTRAJAYA, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Maju Expressway akan menutup lorong untuk sementara waktu bagi kedua-dua arah utara dan selatan bermula di KM 10 (Persimpangan Bukit Jalil hingga KM25 (Persimpangan Putrajaya Link) pada Khamis 1 Oktober dari 1.00 pagi hingga 5.00 pagi.
Penutupan sementara ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran jambatan penghubung untuk Projek Persimpangan Seri Kembangan Bertingkat di KM 15-18.
Penutupan sementara ini melibatkan laluan di kedua-dua arah lebuhraya dari persimpangan Bukit Jalil ke Persimpangan Putrajaya (arah Selatan) dan dari Persimpangan Putrajaya ke Persimpangan Bukit Jalil (Arah Utara).
Bagi penutupan arah selatan, trafik dari arah Bulatan Kampung Pandan, Salak Selatan dan Kuchai Lama akan dilencongkan keluar ke susur Persimpangan Bukit Jalil. Para pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif, Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya KL- Seremban untuk ke Putrajaya, KLIA dan Seremban.
Turut terlibat dalam penutupan lorong arah selatan ini, termasuk susur masuk Persimpangan Bukit Jalil dari arah Sri Petaling.
Bagi penutupan lorong arah utara pula, kedua-dua susur masuk trafik dari Putrajaya dan KLIA di Lingkaran Putrajaya akan ditutup. Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Lebuhraya SKVE, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Kl-Seremban untuk ke Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan mengenai penutupan jalan MEX , sila hubungi MEX Hotline di talian 03- 8315 9111.