
Oleh Azrul Hassan (Pulau Pinang)
GEORGETOWN, 30 Sept (Malaysiaaktif) — Seorang wanita dipercayai membunuh diri apabila terjun daripada Jambatan Pulau Pinang pada kira-kira 4.30 petang tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 4.2 menghala ke Perai melibatkan wanita yang dipercayai berketurunan Cina dan berumur sekitar 70an.
Kejadian disahkan oleh Pegawai Bomba Kanak II, Rozaidi Ibrahim dari Balai Bomba Jalan Perak.
Menurut beliau, satu unit jentera Bomba dan Penyelamat dibantu oleh satu unit Pasukan Marin tiba di lokasi setelah menerima laporan pada kira-kira pukul 4.20 petang.
Rozaidi berkata mangsa dipercayai menaiki teksi dan meminta pemandu berhenti di kawasan tersebut lalu terus terjun ke laut.
Identiti mangsa sedang dikenal pasti.