
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)
LABUAN, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mempamerkan kehebatan mereka apabila membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa pada 9th Speed Power International Taekwondo Open Championship 2019 yang diadakan baru-baru ini.
Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL, Ahmad Fadly Abdul Rahman mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar UMSKAL yang berjaya meraih pingat pada kejohanan tersebut.
“Kami berharap lebih banyak kejayaan diperolehi di pentas kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Sebanyak 24 pasukan tempatan dan luar negara menyertai kejohanan tersebut antaranya pasukan dari Korea Selatan, Oman, Brunei, Thailand, Iran, Indonesia, Australia dan India.
Pingat emas UMSKAL diperolehi menerusi Amerlin Jani dalam Kategori Welter Wanita, pingat perak disumbang oleh Gerard Umin Anak Ngadi dalam Kategori Fly Lelaki dan Khairunisa Suwarno dalam kategori Middle Wanita.
Manakala pingat gangsa masing-masing disumbang oleh Tan Chee Cong (Fin Lelaki), Nur Nabilah Afiqah Azmi (Bantam) dan Chow Kai Xuan (Feather Wanita).
-SH