Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Simulasi Pilihan Raya Tingkatkan Pemahaman Pelajar

By 27 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto  : Hamidah Md Drus (Kuala Pilah) / Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 105 orang pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad menyertai Program Demokrasi Kita anjuran Jabatan Penerangan Malaysia melalui Kelab Malaysiaku bersama Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem amalan demokrasi dan turut memberi pemahaman serta pengalaman kepada pelajar tentang tatacara pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, Ahmad Fitri Jasni,  pendedahan awal perlu diberi kepada pelajar sekolah bagi membolehkan mereka memahami atau sekurang-kurangnya bersedia untuk menjadi pemilih apabila layak nanti.

WhatsApp Image 2020-02-26 at 10.01.06 (1)

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Suruhan Jaya Pilihan Raya.

“Ramai yang masih tidak tahu bagaimana proses pilihan raya dijalankan khususnya bagi pelajar sekolah, jadi pihak Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan pihak SPR Negeri Sembilan untuk menerangkan tanggungjawab dan peranan remaja dalam pilihan raya serta membuat simulasi kepada pelajar bagaimana pilihan raya dijalankan.

“Diharap para pelajar dapat memahami proses mengundi dan akan bersedia kerana pada ketika ini akta menurunkan had mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun telah diluluskan di Parlimen namun masih belum diwartakan bagi memberi laluan proses penambahbaikan dilakukan sebelum ianya dapat digunapakan,” ujarnya.

Turut serta, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Shazatul Noor Sabidin dan warga SMK Tuanku Muhammad.

-AK

Tinggalkan komen anda