Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pastikan PKP Lebih Teratur

By 29 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan yang dibentuk hasil kerjasama hampir 20 agensi kerajaan di sini mampu memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana dengan lebih teratur.

Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, sokongan kuat semua agensi dan petugas barisan hadapan menjadikan Jawatankuasa ini amat penting dalam pelaksanaan PKP serta menangani penularan Covid-19 di Labuan.

“Petugas barisan hadapan seperti anggota Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan agensi lain banyak memainkan peranan memastikan masyarakat mematuhi pelaksanaan PKP.

“Tahniah kepada semua petugas yang telah bekerja bersungguh-sungguh menguatkuasakan PKP sekaligus menterjemahkan keseriusan pihak kerajaan menangani penularan wabak ini dengan lebih berkesan,” katanya yang ditemui media selepas mendengar taklimat jawatankuasa itu di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Wisma Perbadanan Labuan, semalam.

Hebahan melalui agensi berkaitan dan pihak media juga katanya diperlukan bagi terus meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai PKP dan penjagaan kesihatan keluarga masing-masing.

“Masih ada penduduk yang keluar semasa PKP dan kita yakin penguatkuasaan akan terus ditingkatkan dibantu dengan penerangan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat bagi memastikan kesedaran rakyat mengenai ancaman COVID-19 terus berlaku.

“Kita harap segala langkah ini berhasil dalam usaha kita membendung wabak ini dari terus merebak terutama di Pulau Labuan yang kita cintai ini,” jelasnya yang turut melawat Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.

Hadir sama pada sesi taklimat itu Ketua Polis Daerah Labuan Supt. Md Farid Ahmad, Pengarah Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ansharey Matarsad.

Tinggalkan komen anda