Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bekalan Air di Selangor Pulih Sepenuhnya

By 19 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Air Selangor

SHAH ALAM, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku sejak Jumaat lalu, pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Komunikasi Air Selangor, Abdul Halem Mat Som, berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.

“Air Selangor menyarankan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di ‘Google Play’ atau ‘Apps Store’ untuk mendapatkan maklumat bekalan air.

“Pengguna juga boleh rujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai menggunakan air dengan berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Terdahulu, pada 17 April lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau.

Ianya mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual meliputi 1,292 kawasan melibatkan 1.2 juta akaun pengguna di tujuh wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda