
PUTRAJAYA, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan pergerakan rentas negeri selepas kebenaran perjalanan selama hari empat hari sejak 7 Mei lepasĀ tamat hari ini.
Beliau berkata bermula esok, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.
“Sekiranya masih ada keperluan oleh sesiapa untuk membuatĀ pergerakan rentas negeri maka alasannya mestilah munasabah seperti menziarahi kematian ahli keluarga terdekat.
“Bagi tujuan sebegini, maka kebenaranĀ polis mestilah diperoleh terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungiĀ Bernama hari ini.
Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata pergerakan rentas negeri selepas 10 Mei memerlukan kebenaran daripada polisĀ dan hanya kes kecemasan akan dibenarkan.
Ismail Sabri berkataĀ individu yang memerlukan kebenaran pergerakan itu boleh memohon di balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata polis percaya tempoh empat hari pergerakan rentas negeri yang dibenarkan memadai untuk menyatukan keluarga yang terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kebenaran rentas negeri ini adalah untukĀ mengurangkan beban psikologi mereka yangĀ terpisah dengan ahli keluarga sejak pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lepas,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa jadual pergerakan yang disusun selama empat hari adalah bagi mengelak berlakuĀ kesesakan di jalan raya.
“Ia juga dibuat bagi membolehkan polis merekodkan data-dataĀ pergerakan⦠dataĀ pergerakan rentas negeriĀ ini amat berguna bagi tujuan pengesanan kontakĀ sekiranya ada terkesan COVID-19,” katanya.
Bernama hari ini melaporkan bahawa pergerakan rentas negeri yang dibenarkan, memasuki hari keempat dan terakhir, dengan rata-rata perjalanan melibatkan pergerakan dariĀ Selangor, Negeri Sembilan dan TerengganuĀ lancar dan trafik adalah terkawal.
— BERNAMA