Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Op Benteng; 16 PATI Ditangkap, Tangkapan Kesembilan Sepanjang Bulan Ini

By 13 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ATM

PUTRAJAYA, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 16 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditangkap dalam dua serbuan berasingan oleh pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) dalam Op Benteng, di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor awal pagi tadi.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), tangkapan ini merupakan tangkapan kali kesembilan sepanjang bulan ini.

“Kesemua PATI ini ditangkap dalam dua tangkapan berasingan awal pagi tadi melibatkan tiga orang (Tangkapan Kering) pada pukul 1.00 pagi tadi manakala 13 lagi ditangkap sejam kemudian dalam Tangkapan Basah.

Kesemua PATI yang cuba diseludup masuk dan keluar berjaya ditangkap dalam Op Benteng awal pagi tadi.

Kesemua PATI yang cuba diseludup masuk dan keluar berjaya ditangkap dalam Op Benteng awal pagi tadi.

“Dalam kejadian pertama tangkapan melibatkan dua orang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dipercayai sedang menunggu bot untuk membawa mereka pulang ke negara asal.

“Kesemua PATI telah melarikan di ke kawasan hutan berhampiran sekitar Ladang Sungai Tengah namun berjaya ditangkap dengan keseluruhan nilai rampasan tangkapan dianggarkan bernilai RM36 ribu ringgit,” katanya.

Dalam tangkapan kedua, seramai enam lelaki dan tujuh wanita dewasa berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditangkap dipercayai baharu tiba di negara ini.

“Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19 dan usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan Tim Dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP),” tambahnya.

Tinggalkan komen anda