Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

IoW Merdeka Pupuk Semangat Patriotisme Rakyat

By 21 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Mastika Hablum (Jasin)

MELAKA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Jasin menyantuni masyarakat setempat dengan melaksanakan Program Info on Wheel (IoW) Merdeka di Taman Nyalas Permai, Asahan, di sini kelmarin.

Program dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka dengan hasrat untuk menyemai rasa bangga terhadap negara sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan sekaligus menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bangga menjadi rakyat Malaysia.

Ketika taklimat aplikasi MySejahtera.

Ketika taklimat aplikasi MySejahtera.

Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad, berkata Program IoW Merdeka berbentuk hebahan dan penerangan mengenai inisiatif kerajaan yang dilakukan melalui unit bergerak termasuk menggalakkan pemasangan Jalur Gemilang.

“Bulan Kebangsaan kian hampir, maka kami mengambil pendekatan menyeluruh kepada komuniti setempat dengan mengedarkan bendera kepada orang ramai. Program bermula 16 Julai sehingga 31 Ogos mensasarkan kawasan komuniti, jabatan, agensi dan lokasi tumpuan ramai,” ujarnya.

Dalam program sama, Azreen Ahmad turut menyampaikan taklimat ‘mySejahtera’ kepada komuniti setempat. Aplikasi ‘mySejahtera’ yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah bagi memastikan orang ramai membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengawal penularan wabak COVID 19 di Malaysia.

Turut hadir dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan Kawasan Asahan Datuk Abdul Ghafar Atan, Pengarah Swcorp, Khairuladha Ab. Mutalib.

-KN

Tinggalkan komen anda