Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pejabat Mufti Beri Pencerahan Ibadah Korban Pasca COVID-19

By 21 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi/Muhamad Imran Mohd Sedi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Mufti Negeri Kedah dan Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu menuntut orang ramai untuk menjalanai ibadah korban tahun ini biarpun sambutannya dijangka berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Mufti Negeri Kedah Datuk Paduka Syeikh Fadzil Awang, berkata ibadah korban sangat dituntut dalam islam dan ianya juga adalah satu syiar yang disyariatkan kepada setiap orang islam yang berkemampuan untuk melakukan korban bermula 10 Zulhijjah dan tiga hari berikutnya.

“Ibadah korban juga adalah satu amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah, merapatkan jurang yang miskin dengan kaya, membantu yang kurang mampu bersama-sama merasai nikmat ibadah korban tersebut serta merapatkan silatuturahim.

“Saya juga berharap bukan hanya individu malah lebih ramai pihak kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tampil untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini,” jelasnya ketika menjadi ahli panel Bicara Fatwa Peringkat Daerah Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang, di sini hari ini.

Seramai 200 orang kakitangan kerajaan, guru Sekolah Pendidikan Islam dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (SPI/KAFA), imam dan Ahli Jawatankuasa masjid seluruh daerah ini hadir pada program tersebut yang membincangkan isu Ibadah Korban Pasca COVID-19.

Hishamuddin menyifatkan Program Bicara Fatwa kali ini amat baik dan banyak ilmu betkaitan ibadah korban diperolehi.

Hishamuddin menyifatkan Program Bicara Fatwa kali ini amat baik dan banyak ilmu betkaitan ibadah korban diperolehi.

Seorang peserta program Hishamuddin Baharom, 50, dari Kampung Rantau Panjang, Mukim Sungai Batu, berkata Program Bicara fatwa ini sangat baik dan berguna untuk menambah ilmu berkaitan ibadah korban.

“Kami berharap setiap yang hadir hari ini dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada anak kariah di kampung masing-masing.

“Ilmu yang sangat berguna yang diperolehi hari ini pastinya akan dikongsi bersama rakan-rakan, tambahan pula ianya daripada tuan mufti sendiri,” ujarnya.

Menurut seorang lagi peserta Rozana Che Su, 51, dari Kampung Majidee Serdang, beliau juga terpanggil untuk datang ke majlis ilmu hari ini kerana bukan mudah untuk mendapat ilmu secara terus dari seorang ulamak.

“Berbanding ilmu yang kita perolehi dari segi bacaan, peluang berjumpa dan mendengar bicara fatwa hari ini amat saya puas hati,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor.

Tinggalkan komen anda