Skip to main content
HomePutrajaya

Malaysia Sedia Bantu Nigeria Bangunkan Produk Halal Berasaskan Agrikomoditi

By 1 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bersedia membantu Nigeria berkaitan pembangunan produk-produk halal berasaskan agrikomoditi keluaran tempatan bagi mengembangkan pasaran produk berkenaan dari negara tersebut.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Nigeria, antara negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, mempunyai pasaran halal yang berkembang pesat daripada segmen makanan hingga bidang baharu seperti logistik, fesyen, kosmetik, perbankan Islam dan rantaian bekalan.

“Sekarang masa yang sesuai untuk Malaysia bekerjasama dengan Nigeria bagi membangunkan Hab Perniagaan Halal di negara itu untuk menghasilkan produk halal, pensijilan makanan halal, pengurusan makanan halal dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memetik ucaptama Mohd Khairuddin pada Majlis Perasmian Ekspo Maya Halal Dunia dan Siri Webinar 2020 yang berlangsung semalam, ia memfokuskan kepada industri halal dunia yang kini bernilai kira-kira RM9.57 (US$2.3 trilion) dan kaitannya dengan produk-produk agrikomoditi.

Beliau berkata industri halal bukan sekadar membabitkan segmen makanan dan minuman dalam masyarakat malah meliputi produk hiliran komoditi seperti coklat, sarung tangan getah, produk minyak sawit dan kosmetik.

“Kadar pertumbuhan tahunan industri halal adalah sebanyak 20 peratus, menjadikannya perniagaan yang berkembang pesat di dunia. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang pembangunan industri halal disokong oleh kerajaan serta menggalakkan sinergi kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam, kata Mohd Khairuddin.

Dalam konteks kerjasama Malaysia dan Nigeria, beliau berkata Nigeria akan dapat mengambil perspektif yang berbeza mengenai trend semasa industri halal global terutama membabitkan produk berasaskan agrikomoditi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda