Skip to main content
HomePutrajaya

Henti Segera Seludup Minyak – ESSCom

By 1 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)┬áDatuk Ahmad Fuad Othman memberi amaran kepada penyeludup minyak petrol dan┬ábarang subsidi lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)┬áagar segera menghentikan kegiatan itu.

Beliau berkata kegiatan menyeludup minyak itu dikhuatiri digunakan oleh penjenayah rentas sempadan terutamanya kumpulan penculikan untuk wang tebusan dari Selatan Filipina melakukan jenayah di perairan negara.

ÔÇťAmaran keras kepada penyeludup minyak, hentikan penyeludupan ini, ESSCom tidak akan berkompromi dan terus memburu pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini┬áhari ini.

Beliau berkata semalam Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot laju serta merampas 23 tong  minyak petrol bernilai RM16,845 yang cuba di seludup ke Filipina melalui perairan Pulau Sisipan, Semporna.

Menurutnya, maklumat daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) itu membantu PPM menggagalkan cubaan berkenaan pada 2.45 petang, namun tekong bot berjaya meloloskan diri.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata kawalan Ops Cegah Pati (OCP) Timur akan ditingkatkan khususnya di kawasan hotspot jenayah rentas sempadan.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperkukuhkan lagi kawalan bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau meminta supaya semua pihak melaporkan segera kepada Pusat Operasi ESSCom jika mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan atau pendaratan pendatang haram ke talian 089-863181.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda