Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RON95, RON97 Turun Empat Sen, Diesel Turun Satu Sen

By 10 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.67,  RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.69).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda