Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Tahan Bapa Tikam Bayi Perempuannya Berusia 20 Bulan

By 13 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang bapa ditahan kerana disyaki menikam bayi perempuannya yang berusia setahun lapan bulan di sebuah flat di Puchong Permai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata penahanan itu dibuat selepas unit rondaan bermotosikal (URB) dari Balai Polis Bukit Puchong menerima aduan daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berumur 27 tahun yang merupakan bapa bayi malang itu dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang dipercayai digunakan untuk menikam perut mangsa.

“Bayi tersebut kemudian telah dikejarkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Polis telah mengambil rakaman percakapan saksi-saksi untuk tujuan siasatan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Abd Khalid berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mengamuk dan ujian air kencing telah dibuat bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda