Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Politeknik Merlimau ke-254 Terbaik Dunia

By 18 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rozer Masudin (PMM)

MERLIMAU, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) berjaya memperbaiki kedudukan dalam UI GreenMetric World University Ranking 2020 apabila menduduki tangga ke-254 daripada 912 penyertaan seluruh dunia sebagai kampus paling lestari dan hijau di dunia.

Menurut Pengarahnya Mohd Hatta Zainal, pencapaian tersebut juga telah meletakkan PMM selaku institusi pendidikan yang ke-12 terbaik di Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh pihak UI GreenMetric.

“Apa yang lebih membanggakan mengenai pencapaian ini, kami turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan yang lain seperti UMT, UNIMAP, UKM, UCAM dan beberapa IPT lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Hatta turut berkata, pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tahun 2019 kerana telah naik daripada kedudukan 275 kepada 254.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada seluruh warga PMM terutamanya Jawatankuasa Hijau PMM yang sekian lama amat komited dalam memastikan PMM terbaik di Malaysia dalam aspek kelestarian hijau dalam kalangan politeknik dan seterusnya dapat memintas beberapa universiti awam dalam hal ini,” katanya.

Untuk rekod, UI GreenMetric World University dimiliki oleh Universitas Indonesia yang merupakan sistem penilaian ranking berdasarkan kelestarian kampus tertua di dunia iaitu dilaksanakan sejak 2010.

-SH

Tinggalkan komen anda