Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKRC MAEPS 2.0: J-KOM Sumbang Set Komputer

By 18 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)

SERDANG, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menyumbang set komputer untuk kegunaan pesakit di Dewan D1, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC 2.0), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Pengarah PKRC MAEPS 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata pihaknya berterima kasih kepada J-KOM atas inisiatif yang akan memberi impak besar kepada pesakit ketika dalam tempoh kuarantin di pusat tersebut.

“Inisiatif ini sangat baik untuk pesakit-pesakit di sini bagi mendapatkan informasi selain kemudahan belajar dalam talian.

“Dewan ini memang dikhususkan kepada pesakit warganegara Malaysia sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sesi penyerahan set komputer tersebut, di sini hari ini.

Ruangan khas set komputer di Dewan D1 PKRC MAEPS 2.0

Ruangan khas set komputer di Dewan D1 PKRC MAEPS 2.0

Katanya, sebanyak 10 set komputer termasuk dua daripadanya mesra orang kurang upaya (OKU) serta sudut ruangan untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan komputer tersebut.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Dewan D1 bagi meninjau persiapan pemasangan lebih 1,400 katil khusus bagi pesakit warganegara (berkeluarga) sahaja.

-NAZ

Tinggalkan komen anda