
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 20 Jan (Malaysiaaktif) –Ā Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkanĀ syarikat produksi yang sedang menjalaniĀ aktiviti penggambaran di enam negeri yang bakalĀ dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agarĀ menyegerakan perjalanan pulangĀ mereka ke lokasi masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif FinasĀ DrĀ Ahmad Idham Ahmad NadzriĀ berkata ini bagiĀ mengelakkan sebarang kekangan dan kesulitan memandangkanĀ aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di seluruh kawasan yang dikuatkuasakanĀ PKP.
āFinasĀ mengesyorkan kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin melakukan perjalanan pulang melibatkan pergerakan rentas negeri perlulah mendapatkan kelulusan pergerakan rentas negeri daripada polisĀ dengan menyertakan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan FinasĀ sebagai dokumen sokongan,ā katanya menerusi kenyataan.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruhĀ negara kecuali Sarawak akanĀ berada di bawah PKP selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan TerengganuĀ mulai 22 Januari ini hingga 4 Februari.
Ahmad Idham berkata FinasĀ akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman sesawang FinasĀ di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat FINAS di talianĀ 03-7968 2182Ā atau e-mel diĀ [email protected].
— BERNAMA